Saturday, 11 April 2020

12 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

17 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

 PERUBAHAN YANG KECIL MAMPU MERUBAH PERKARA YANG BESAR

Perubahan diri memerlukan perjuangan bukan dengan sekadar duduk diam. Berjuanglah demi perubahan diri dan perbetulkan keinginan kita. Beri ruang kepada perubahan.

"Jika mahu melihat suatu perubahan berlaku, maka pastikanlah orang pertama yang perlu berubah adalah diri sendiri".

Hidupmu akan berubah lebih baik jika kamu bersedia untuk merubah dirimu terlebih dahulu. 

Oleh itu, jangan takut untuk berubah. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik tetapi kita pasti akan memperoleh sesuatu yang lebih baik. ✨

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Thursday, 9 April 2020

13 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

16 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

• QUOTES •

DUNIA dan AKHIRAT diumpamakan seperti ‘Pay Now, Play Later’. Dunia tempat membayar dan akhirat tempat berseronok. Syaratnya, mesti ada ‘Tunai’ iaitu tidak syirik kepada Allah.

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA

14 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

15 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi. Ada setengah bulan sahaja lagi sebelum kita mula berpuasa.

Apa itu puasa ? 
Puasa iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga, juga perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga Maghrib.

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba?? Apakah persiapan anda?? Tepuk dada, tanya hati ✨

Antara persediaan untuk menghadapi Ramadhan adalah:

1) Ikhlaskan Niat
2) Taubat dosa lalu
3) Jaga masa daripada hal sia-sia
4) Makan bersederhana
5) Lazimi puasa sunat
6) Tingkatkan baca Al-Quran
7) Biasakan qiamullail
8) Perbanyak zikir dan bersedekah
9) Pelajari hukum hakam puasa

Jadi dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan pada tahun ini dengan perkara yang berfaedah. Terdapat banyak rahmat Allah, keampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka seandainya kita bersungguh menghayati nya . Maka rebut lah peluang untuk kita kumpul sebanyak mungkin pahala. 🕌

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Wednesday, 8 April 2020

MALAM NIFSU SYAABAN


[MALAM NISFU SYAABAN]

Bulan Sya’ban merupakan antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita pada bulan ini.

Pada malam 15 Syaaban Allah menyediakan pengampunan ke atas segala dosa hambanya dan berbagai kelebihan serta amalan yang dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita. 

Bersempena dengan malam Nisfu Syaaban, marilah kita sama-sama memanfaatkan malam yang penuh diberkati ini dengan memperbanyakkan berdoa, berselawat dan bermunajat kepada Allah S.W.T.

Rugilah kita sebagai hambanya yang masih hidup dan sihat tidak merebut keistimewaan dan kemuliaan malam yang penuh keberkatan ini.

Salam Malam Nisfu Syaaban 1441H

‘TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR’

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

15 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

14 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

NISFU SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan antara bulan yang agung dalam bulan-bulan Islam. Pada bulan ini disunatkan kepada setiap individu muslim untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba.

15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban dianggap sebagai satu malam yang memiliki kemuliaan.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
"Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal"
(Riwayat al-Tarmizi)

Jadi sempena 15 Syaaban ini marilah kita memperbanyakkan amalan sunat dan beribadah kepada Allah SWT, semoga setiap amalan dilakukan penuh ikhlas dan mengharapkan pengampunan serta rahmat daripada Allah SWT. ✨

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tuesday, 7 April 2020

ROUND 1 SISCA QURANTIME


[ SISCA QURANTIME ]

Alhamdulillah, selesai sudah Round 1 Qurantime. Tahniah kepada Mahasiswi yang sudi melapangkan masa untuk sama-sama mengkhatamkan Tadarus Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan. Insya Allah, secara kesimpulannya, marilah kita bertadabbur Surah Al-Alaq sebagai penutup Round 1 Qurantime ini. 

Surah ini terdiri daripada 2 bahagian.Bahagian pertama daripada ayat 1 hingga 5 berkaitan dengan perintah Iqra'(Bacalah). Manakala bahagian yang kedua iaitu daripada ayat 6 hingga 19 berkaitan dengan perilaku Abu Jahal yang mengganggu Nabi Muhammad S.A.W ketika solat di hadapan Kaabah.

Membaca berdasarkan tafsiran Kitabullah membawa maksud kita meyakini adanya pencipta alam. Penciptaan alam merupakan hasil daripada perbuatan Allah dengan segala sifat-sifatnya.Membaca dengan nama Allah dengan mengingat kebesaran Allah melalui sifat-sifat Allah yang terhimpun dalam nama-namanya.

Kajian bagi penggal kedua dari Surah Al-Alaq ayat 6 hingga 19 menerangkan juga tentang " Akibat tidak Iqra' "Berdasarkan maksud Firman Allah S.W.T Surah Al- Alaq ayat 9 sehingga 10 iaitu:

 " Adakah engkau nampak(baiknya) orang yang melarang(dan menghalang) seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?. 

Maka saya menyeru kepada semua Mahasiswi diluar sana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kita rebut peluang keemasan ini untuk sama-sama menghayati, bertadabbur serta mengamalkan perkara yang sangat dituntut oleh Allah S.W.T . Wa'allahualam. 

Jom sertai QURANTIME Kami
🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽
https://chat.whatsapp.com/L5X07vqtYaZ68yU7hiHksg

Nur Atiqah Syazwani bt Azhar
Exco Penyelidikan Dan Pembangunan
Rakan Siswa YADIM

16 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

13 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

SEDEKAH PEMBUKA PINTU REZEKI

Benarkah sedekah mampu membantu individu menjadi lebih kaya? 

Sedekah tidak akan membuatmu miskin. Malah, Allah melipatgandakan lagi pahala orang yang bersedekah. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki. 

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia"
(Surah Al-Hadiid; ayat 18)

📍Terdapat beberapa manfaat utama bersedekah. Antaranya adalah :

💎 Dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda.

💎 Mendapat perlindungan di hari akhirat.

💎 Mendapat pengampunan dosa.

💎 Menambahkan keberkatan dalam beribadah.

💎 Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

💎 Terhindar dari sifat kedekut.

💎 Melatih diri agar lebih bersyukur.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersedekah walaupun bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik kerana perbuatan itu adalah amalan sedekah yang paling mudah. Sedekah adalah pintu gerbang seluruh amal kebajikan. 🤝🏻

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Sunday, 5 April 2020

COVID-19 : UJIAN & RAHMAT DARI ALLAH


💖 COVID19 : UJIAN DAN  HIKMAH DARI ALLAH 💖

‎🌷 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🌷 

Seperti yang kita ketahui, kita sedang berada di fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan atas sebab penularan wabak Covid-19. Tahun 2020 ini sangat mencabar dan berbagai mehnah kita semua lalui walaupun masih berada di awal tahun. Cabaran dan ujian yang diberikan ini banyak hikmah dan ibrah untuk disingkap bersama.

Akhir tahun lalu virus ini mula bertapak dari negara China dan mula merebak dengan cepat ke seluruh dunia. Ketika ini, jumlah pesakit yang telah disahkan positif adalah melebihi 1 juta orang diseluruh dunia dan kematian seluruh dunia menghampiri 54 ribu, angka ini semakin meningkat dan menggusarkan banyak pihak. 

Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac sehingga 14 April 2020 bagi mengekang penularan virus ini dari terus merebak dan mengarahkan seluruh rakyat untuk kekal berada dirumah dan tidak mengadakan sebarang perjumpaan yang tidak perlu. 

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan itu, masyarakat perlu akur dan memberi kerjasama kepada Kerajaan.

Dalam Surah Al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Percayalah walau apa juga ujian yang melanda kehidupan kita sepanjang tempoh ini Allah SWT sebenarnya ingin mengajar kita sesuatu dan setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya.

Jika direnung dan diamati dari kaca mata iman, terlalu banyak hikmah dan ibrah yang dapat kita ambil sepanjang mengikuti arahan pihak kerajaan ini.

🔑 Antara hikmah yang boleh di ambil adalah : 

☘️ Dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra dan lebih erat dikalangan ahli keluarga.
☘️ Dapat meningkatkan amal kebajikan dengan menolong ibu bapa, solat berjemaah dan tilawah al-quran.
☘️ Perbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan.
☘️ Mampu berhubung dengan lebih erat bersama sanak saudara dan sahabat yang berjauhan.
☘️ Mampu mendidik hati dan jiwa agar sentiasa bersyukur serta berpada-pada di atas setiap rezeki yang dikurniakan.

Terlalu banyak hikmah Allah disebalik ujian ini untuk di hayati dan difahami dengan hati fikiran yang lapang. 

Buat sahabat-sahabat USIM, kami turut titipkan beberapa pesanan dan nasihat buat sahabat semua iaitu : 

💡Manfaatkan sebaik mungkin masa bersama keluarga bagi yang berada dikampung.
💡Bagi yang berada di hostel atau rumah sewa, terus jaga hubungan baik dengan sahabat-sahabat dan tolong menolong.
💡Mematuhi arahan kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Pengurusan tertinggi USIM dan MPP USIM dari semasa ke semasa.
💡Menjaga kesihatan dengan baik dan pastikan berada dalam keadaan bersih sentiasa.
💡Lakukan telah diamanahkan sebagai seorang pelajar seperti assignment dan sebagainya.
💡Manfaatkan masa dengan membaca buku, membaca Al-quran, membaca berita dan cakna tentang isu-isu semasa.
💡Menyebarkan kebaikan dan pesanan-pesanan kebaikan kepada orang terdekat.
💡Jadi model yang baik kepada masyarakat kerana kita duta kecil buat universiti dan agama.

Kami mendoakan agar, kalian semua terus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapam naungan Illahi sentiasa serta dijauhkan dari sebarang wabak penyakit kepada anda, keluarga dan sahabat terdekat.

Kami juga turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan hadapan negara terdiri daripada petugas perubatan, pihak polis dan askar, juga  barisan hadapan yang bertugas di Kampus USIM  dengan ucapan jazakumullahu khairan hanya Allah mampu membalas jasa dan kebaikan anda semua lakukan demi negara ini.

Teruslah ingat Allah sentiasa, Teruslah selawat kepada junjungan Nabi dan Teruslah kekal berada di rumah. Moga Allah memudahkan segala urusan kita semua.

‘TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR’

Nik Muhammad Na’im
Timbalan Presiden 
Rakan Siswa YADIM 
Universiti Sains Islam Malaysia

17 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

12 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

• JOM ISTIQAMAH •

ISTIQAMAH dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.

Dari ‘Aisyah RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya amalan yang disukai Allah SWT, adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit” 
(HR Muslim)

Istiqamah bukan perkara yang mudah untuk kita lakukan, tetapi kita perlu berusaha dan percaya yang kita mampu untuk istiqamah dalam melakukan amalan baik.

Istiqamah dapat dicapai dengan menjaga 10 perkara ini :-

1. Menjaga lisan dari membicarakan aib orang lain.
2. Menjauhi prasangka buruk.
3. Menjauhi diri dari menghina orang lain.
4. Memejamkan mata dari melihat perkara yang haram.
5. Berkata benar dalam setiap tindakan.
6. Menderma sebahagian harta pada jalan Allah.
7. Tidak terlalu berlebihan membelanjakan harta.
8. Tidak mencari ketinggian dan kebesaran untuk diri sendiri.
9. Menjaga solat lima waktu.
10. Teguh pendirian terhadap sunnah dan jemaah.

Jom kita jaga perkara-perkara diatas untuk terus istiqamah melakukan amalan baik dalam kehidupan seharian kita. 🙌


SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SEMINIT BERSAMA RSY (Duduk Rumah? Upgradelah Diri!)


| SEMINIT BERSAMA RSY |


Rakan Siswa YADIM USIM membawakan kepada anda semua Seminit bersama RSY

Pembuka tirai bagi perkongsian ini adalah saudari Nur Sabrina Binti Shahrul (Pengerusi Siswi RSY)
dan bertajuk "Duduk rumah? Upgradelah diri !"

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua terutama kepada golongan remaja.

Terbangunnya pemikiran remaja, maka akan terbangunlah sesebuah negara. 🌸

•Tekad Menjulang, Generasi Al-Abrar•
#RakanSiswaYADIM
#RakanSiswaYADIMUSIM
#SeminitBersamaRSY
#MPURSYUSIM19/20

18 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

11 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

• MASIHKAH ADA TAUBAT UNTUKKU?? •

Kenapa Allah masih menghidupkan hari ini?? Adakah kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih mengizinkan aku untuk bertaubat?? 

Taubat adalah kembali taat kepada Allah SWT dan menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang dilakukan. Tangisan taubat seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbihnya seorang yang sombong. 

3 Cara untuk Bertaubat:
1) Berhenti melakukan maksiat yang pernah dilakukan dan meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah. 

2) Menyesali kesalahannya iaitu menyedari dosa yang lalu. 

3) Bertekad untuk tidak melakukan kesalahan lagi dan lakukan apa yang disukai serta dicintai Allah. 

"Jangan tunggu TUA baru ingin bertaubat kerana ramai yang dijemput Malaikat Maut ketika masih MUDA. Jangan tunggu SAKIT baru ingin bertaubat kerana ramai yang dijemput Malaikat Maut ketika masih SIHAT".

Oleh itu, marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah atas segala kesalahan yang pernah kita lakukan kerana pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja. 🕌

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA