Sunday, 5 April 2020

17 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

12 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

• JOM ISTIQAMAH •

ISTIQAMAH dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.

Dari ‘Aisyah RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya amalan yang disukai Allah SWT, adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit” 
(HR Muslim)

Istiqamah bukan perkara yang mudah untuk kita lakukan, tetapi kita perlu berusaha dan percaya yang kita mampu untuk istiqamah dalam melakukan amalan baik.

Istiqamah dapat dicapai dengan menjaga 10 perkara ini :-

1. Menjaga lisan dari membicarakan aib orang lain.
2. Menjauhi prasangka buruk.
3. Menjauhi diri dari menghina orang lain.
4. Memejamkan mata dari melihat perkara yang haram.
5. Berkata benar dalam setiap tindakan.
6. Menderma sebahagian harta pada jalan Allah.
7. Tidak terlalu berlebihan membelanjakan harta.
8. Tidak mencari ketinggian dan kebesaran untuk diri sendiri.
9. Menjaga solat lima waktu.
10. Teguh pendirian terhadap sunnah dan jemaah.

Jom kita jaga perkara-perkara diatas untuk terus istiqamah melakukan amalan baik dalam kehidupan seharian kita. 🙌


SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

No comments:

Post a Comment