Tuesday, 7 April 2020
16 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
13 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• SEDEKAH PEMBUKA PINTU REZEKI •
Benarkah sedekah mampu membantu individu menjadi lebih kaya?
Sedekah tidak akan membuatmu miskin. Malah, Allah melipatgandakan lagi pahala orang yang bersedekah. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia"
(Surah Al-Hadiid; ayat 18)
πTerdapat beberapa manfaat utama bersedekah. Antaranya adalah :
π Dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda.
π Mendapat perlindungan di hari akhirat.
π Mendapat pengampunan dosa.
π Menambahkan keberkatan dalam beribadah.
π Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
π Terhindar dari sifat kedekut.
π Melatih diri agar lebih bersyukur.
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, marilah kita sama-sama bersedekah walaupun bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik kerana perbuatan itu adalah amalan sedekah yang paling mudah. Sedekah adalah pintu gerbang seluruh amal kebajikan. π€π»
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment