MORAL FROM KHUTBAH JUM' AH TODAY🌙
" Jadilah Insan Pemaaf
(31 Jan,06 Jamadil Akhir 1441)
(31 Jan,06 Jamadil Akhir 1441)
1) Memberi kemaafan adalah sifat yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang mana baginda juga seorang yang berlapang dada dan banyak memaafkan.
2) Kisah ketabahan serta kesabaran Rasullullah SAW telah diceritakan dalam sirah ketika mana baginda melakukan dakwah di taif; Walaupun disakiti baginda masih memaafkan umatnya.
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf,serta berpalinglah dari orang yang jahil."
(Al-A'raf ayat 199)
3) Hati yang bersih serta jiwa yang murni dapat mengelakkan sifat dendam dan rasa benci yang membawa kepada penyakit stress dan tekanan darah.
" Oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka bersedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat baik."
(Al-Maidah ayat 13)
4) Perbezaan pendapat perlulah diraikan dan janganlah berbalahan kerana perbalahan hanya mencetusnya perasaan dendam; Perbaikilah amalan diri serta pupuklah sifat pemaaf berpandukan peribadi Rasulullah SAW sebagai Rasul yang melengkapkan akhlak murni.
Dari hadith Nabi Muhammad SAW bersabda mafhumnya:
" Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan."
5) Sabar dan pemaaf merupakan salah satu cabang ketaqwaan yang mengundang rahmat Allah keatas hambanya; peliharalah kesucian hati yang membawa kepada kesucian sahsiah diri.
6) Secara teorinya hati yang bersih mudah untuk memohon maaf ketika melakukan kesalahan; Sesungguhnya Allah SWT maha mengampuni dosa-dosa hambanya walaupun setinggi gunung.
By,
Najahan AJK RND