Saturday, 7 March 2020

PENGHULU SEGALA HARI


Keajaiban Bersyukur
(6 Mac, 11 Rejab 1441H)

1. Syukur adalah tanda ketaatan dan pengabdian kepada Allah. Setiap hamba dikurniakan kelebihan dan kekurangan sebagai ujian.

2. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Daripada Shuhaib RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: 

“Amat menakjubkan keadaan seorang mukmin, kerana semua urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur, maka itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah baik baginya”.

3. Syukur merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sering melakukan amalan sujud syukur sebagai tanda berterima kasih serta menghargai pemberian Allah SWT. Sifat syukur memiliki keajaiban sehingga mampu menghasilkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Hidup terasa 
indah apabila kita melihat kelebihan dan kekurangan kita dengan rasa syukur serta melihat kelebihan dan kekurangan orang lain juga dengan rasa syukur.

4. Sebagai contoh seseorang yang ditimpa musibah sedangkan dia tetap bersyukur, berlapang dada serta bersabar, maka hatinya akan sentiasa tenang dan pergantungannya kepada Allah SWT menjadi lebih kuat. Tahap keimanannya dan ketaqwaannya juga akan meningkat serta mendapat 
ganjaran pahala daripada Allah SWT.

5. Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 23 maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): 

“Allah yang menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada), mengurniakan kepada kamu 
pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

6. Seseorang yang tidak bersyukur akan menyalahkan Allah SWT atau takdir dan ada ketikanya menyalahkan orang lain. Perasaannya sentiasa tertekan dan hidupnya menjadi tidak keruan. Orang yang tidak bersyukur bukan sahaja terhindar daripada mendapat rahmat dan ganjaran Allah SWT, malahan dijanjikan dengan azab yang dahsyat.

7. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7 maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah dahsyat".

8. Kesimpulannya adalah sifat syukur perlu dipelajari, difahami, dihayati dan diamalkan serta memiliki keajaiban sehingga mampu menghasilkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

By,
Najhan AJK RND

Thursday, 5 March 2020

KEEP IT UP!!!

Penghidap Skoliosis peroleh keputusan SPM 12A



NABILA IRDINA Mat Yaacob, 18, menerima Anugerah Kategori Pelajar Terbaik SPM Berkeperluan Khas sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan pencapaian 12A di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Shah Alam, hari ini. - Foto NSTP/Faiz Anuar

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan dan Mohd Khairul Anam Md Khairudin
upen@bh.com.my



SHAH ALAM: Tepukan gemuruh hadirin mengiringi langkah seorang penghidap Skoliosis, Nabila Irdina Mat Yaacob, 18, naik ke pentas utama saat namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Kategori Pelajar Terbaik SPM Berkeperluan Khas sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan pencapaian 12A.

Nabila Irdina adalah antara 60 calon cemerlang peperiksaan itu di Selangor tahun lalu dengan pencapaian 9A+ hingga 12A+ yang diraikan pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) di sini, hari ini.

Calon Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang itu berkata, penyakit fizikal kekal yang mula dikesan sejak lima tahun lalu itu menyebabkan tulang belakangnya membengkok yang mengakibatkan dia terpaksa menahan kesakitan apabila duduk dan menulis terlalu lama, selain mudah letih serta sukar bernafas.

“Pernah ketika minggu peperiksaan SPM November lalu, saya tidak dapat menggerakkan tangan kanan kerana banyak membuat latihan dan menulis nota semasa mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.

“Saya terpaksa menggunakan tangan kiri untuk belajar dan sangat sukar kerana bukannya kidal, namun saya bersyukur sahabat di asrama sangat membantu memudahkan urusan saya dengan sama-sama belajar, menyuap makanan, mengikat rambut serta memakaikan tudung.

“Alhamdulillah, apabila pada hari kertas peperiksaan tiba, tangan saya kembali sembuh dan boleh menjawab soalan dengan baik,” katanya yang air matanya bergenang tatkala mengimbau penderitaan itu.



Nabila Irdina (tengah) bersama ayah, Mat Yaacob Zakaria dan ibu, Masyitah Abdullah melihat keputusan cemerlang SPM 2019 diperolehnya. - Foto NSTP/Faiz Anuar

Anak ketiga daripada enam beradik itu mengakui tidak menyangka memperoleh keputusan itu memandangkan hanya mencatatkan 8A pada percubaan SPM lalu dan menganggap semuanya rezeki daripada Allah SWT, usaha berterusan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan keluarga.

Beliau berkata, guru SBPI Rawang yang mempraktikkan budaya kekeluargaan turut memberi sumbangan besar terhadap pencapaiannya itu kerana sanggup meluangkan masa sehingga tengah malam bagi membantu pelajar mengulang kaji di asrama, memberikan kata-kata harapan setiap hari dan sering bertanya khabar di dalam kelas.

Diminta berkongsi tip kejayaan kepada pelajar lain, Nabila Irdina berkata, setiap orang boleh berjaya asalkan gigih berusaha dan memiliki semangat tinggi.

“Allah jadikan setiap manusia memiliki kelebihan masing-masing, jadi berusahalah sebaik mungkin, jangan jadikan kekurangan diri, contohnya masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak berjaya.

“Belajar menggunakan jadual tersusun, miliki azam, buat baik kepada ibu bapa dan orang keliling, hormat guru, jaga hubungan sesama manusia, lakukan amalan agama serta berdoa, kita pasti berjaya,” kata pelajar aliran Sains Tulen itu.


#rsyusimcakna
#rebutdekan
#BHnews

Wednesday, 4 March 2020


🌹 SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM USIM 19/20🌹

📿 RAMADHAN REMINDER 📿

50 hari lagi Ramadhan akan menemui kita. Bersediakah kita? 🤔


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان.

"Ya Allah,Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaa'ban dan Kau berkatilah (pertemukan kami) dengan bulan Ramadhan. ”

💕Ayuh sama-sama tingkatkan amalan kita dan perbanyakkan amalan berpuasa sunat agar dapat melatih diri kita untuk melalui bulan Ramadhan yang mulian nanti


#TekadMenjulangGenerasiAlabrar 
#JomSebarkanKebaikan
#JomBerdakwah
#DnT_RSYUSIM
#ABPI

ENGLISH QUOTES TODAY

"Impossible is a word to be found only in the dictionary of fools."
 -Napoleon Bonaparte


Nothing is impossible. Every task needs passion, positive energy and will power. Long time ago, journey in air was impossible but today we can do it. We can fly in air. So impossible is nothing. We have reached to moon. We all have all the powers of doing anything we wish for. We just need to wake up and motivate ourselves to realize our hidden talent.

Napoleon Bonaparte was a French military general, the first emperor of France and one of the world's greatest military leaders. Napoleon revolutionized military organization and training, sponsored the Napoleonic Code, reorganized education and established the long-lived Concordat with the papacy.

By,
Alya AJK RND

Monday, 2 March 2020

DAKWAH DAN TARBIAH


🌹 SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM USIM 19/20🌹

📿 QUOTES OF THE DAY 📿

🌸Quote 10🌸

"Tidaklah sempurna iman seorang di antara  kalian, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk diri sendiri."

(HR. Bukhari dan Muslim)


💕salah satu daripada kesempurnaan iman adalah mencintai saudara kita lebih daripada kita mencintai diri sendiri

💕bagaimana untuk memupuk perasaan sayang terhadap saudara melebihi diri sendiri?  Sudah pastilah dengan mencintai dan berkasih sayang kerana Allah🥰 Sungguh, pabila berkasih sayang kerana Allah pasti akan terasa manisnya sebuah persaudaraan itu 🥰



#TekadMenjulangGenerasiAlabrar 
#JomSebarkanKebaikan
#JomBerdakwah
#DnT_RSYUSIM
#ABPI