[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
24 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• QUOTES •
“Tidaklah dapat kita mengetahui seseorang itu sama ada dia seorang pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat diketahui sama ada dia seorang berani, melainkan pada waktu dia berjuang. Tidak dapat dikenali sama ada dia seorang sahabat, melainkan ketika dalam kesusahan.”✨
(Lukman al-Hakim)
5 hari lagi menuju Ramadhan, semoga kita berada dalam keadaan yang sihat, bersedia menyambut ramadhan dengan hati tenang dan gembira πΈ
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
23 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• Keep Calm and Read Al-Kahfi •
Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat:
π Akan terhindar dari fitnah Dajjal
π Akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat
π Ganjaran bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.
Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat."
[ HR. Abu Bakar bin Mardawaih ]
Marilah kita sama-sama membaca surah Al-Kahfi di hari yang mulia ini. ✨
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
22 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• QUOTES : BE BETTER •
‘Don’t try to be perfect, just try to be better than you were yesterday.
Small progress is still a progress.’
Menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini. Berubah menjadi yang lebih baik secara perlahan-lahan dan sentiasa istiqomah dengan perubahan tersebut. Semoga Allah bantu dan sentiasa redha π€²
✨ ΩَΨ§ ΨͺَΩْΩَΨ·ْ =Don’t give up
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
21 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• NIAT •
NIAT adalah ukuran dalam menilai sesuatu perbuatan kerana sekiranya niat kita itu baik, maka perbuatan yang kita lakukan itu adalah baik dan jika niat itu buruk, maka perbuatan itu juga buruk.
Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat maka akan sampai salah tempat.
Dengan kata lain, Niat baik itu memang tidak selamanya diterima dengan baik, tapi percayalah niat baik akan selalu menemukan akhir yang baik.
Marilah kita sama2 tanamkan niat ikhlaskan puasa ramadhan ini kerana Allah, ingin menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang kita sentiasa rindui di kemudian hari. Ujian Covid-19 penguat kita untuk meneruskan Ramadhan 1441H ini dengan hati yang ikhlas dan melakukan puasa yang terbaik. Apapun yang kita lakukan dengan niat baik, pasti bermanfaat.
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
20 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• TIP-TIP BERSAHUR •
9 hari lagi menjelang Ramadhan yang mulia, dah bersediakah kita? Mungkin Ramadhan tahun ini akan disambut sedikit berlainan dari tahun sebelumnya, walauapapun Ramadhan tetap menjadi bulan yang paling dinanti oleh seluruh umat Islam dan sambutlah ia dengan hati yang lapang serta penuh kesyukuran.
Jika disebut puasa pasti adanya sahur bukan? Hari ini kami nak kongsi tips bersahur ✌️
1. Minum air masak secukupnya
2. Makan sayur atau buah-buahan yang mencukupi
3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah
5. Kurangkan minuman berkafein
6. Berus gigi selepas makan terutama selepas sahur
7. Tidur atau rehat yang cukup
Jangan lupa sahur ye bila nak puasa π€
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
19 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• IKHLAS •
Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima, tapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.
Ikhlas itu bukan hanya di mulut tetapi ikhlas itu dari hati. Ikhlas juga boleh nampak melalui tindakan bukan sekadar ucapan. Meraih keikhlasan tidak mudah, tapi kita harus berlatih.
Oleh itu, jadilah orang yang paling ikhlas bukan hanya sekadar baik. Ikhlas awalnya mungkin susah tapi teruslah melangkah. Percayalah nanti akan menjadi semakin mudah.
Dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas InsyaAllah sudah pasti baik. ✨
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
| SISCA QURANTIME |
Surah Al-Kahfi mengisahkan tentang Pemuda al kahfi, Kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir dan kisah Raja Zulkarnain. Surah ini mengandungi 110 ayat dan surah ini merupakan surah yang ke-18 di dalam Al-Quran.
Antara pengajaran yang boleh diperolehi dalam surah ini, antaranya:
π Adalah wajib bagi kita mencari sumber makanan yang halal lagi baik (ayat 19)
π Selalu meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Terdapat doa dalam surah Al-Kahfi pada ayat ke-10 :
Ψ±َΨ¨َّΩَΨ§ Ψ’َΨͺِΩَΨ§ Ω
ِΩْ ΩَΨ―ُΩْΩَ Ψ±َΨْΩ
َΨ©ً ΩَΩَΩِّΨ¦ْ ΩَΩَΨ§ Ω
ِΩْ Ψ£َΩ
ْΨ±ِΩَΨ§ Ψ±َΨ΄َΨ―ًΨ§
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. "
π Sebagai seorang muslim, kita perlu berpegang serta mentauhidkan Allah walaupun berdepan pelbagai ujian kerana Allah akan membantu hambanya.
π Manakala pada ayat 60 hingga ayat 82 mengisahkan tentang pengembaraan Nabi Musa Bersama Nabi Khidir. Antara pengajaran yang boleh diambil adalah jangan bersikap riak kerana ianya merupakan penyakit hati serta menjadikan kita kufur nikmat dan memandang rendah terhadap orang lain.
π Akhir sekali, Bersabarlah dalam menerima ilmu daripada guru kerana guru lebih mengetahui baik dan buruknya sesuatu. Setiap suruhan atau larangan guru, kita mestilah mematuhinya dengan penuh sabar dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Jom sertai QURANTIME Kami
π½π½π½π½π½π½π½π½
https://chat.whatsapp.com/K7Ye6ZKIVSLGA80viWTIPt
NUR AMIRATUL KHALISAH
EXCO SUKAN DAN REKREASI
RAKAN SISWA YADIM USIM
Ada kehilangan yang hilang kerana dicuri, ada kehilangan yang terjadi kerana disembunyikan oleh seseorang dan ada juga kehilangan yang disebabkan oleh kematian, kemusnahan dan keruntuhan.
Tetapi ada juga kehilangan kerana manusia berhenti mencari, Lantas sesuatu yang terbentang nyata dihadapan mata, ghaib daripada realiti dan tidak lagi berfungsi. Itulah seni berfikir yang hilang πΈ
Yang mengulas,
Nur Sabrina Binti Shahrul
Pengerusi Siswi
Rakan Siswa YADIM USIM
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
18 Syaaban 1441H
π Santai Ilmu ✨
• CANTIK •
‘Kecantikan yang abadi terletak pada Kesopanan, Adab dan Ketinggian Ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.’
-Buya Hamka-
Jadilah cantik dengan akhlak yang baik serta berbudi bahasa kepada setiap insan di sekeliling kita. Persiapkanlah juga diri dengan ilmu untuk persediaan pada diri dan membentuk generasi yang terbaik pada masa akan datang. Ilmu yang ada pada diri kongsikan jangan pendam seorang diri. π
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA