Wednesday, 19 February 2020

BULETIN RSY USIM


[TAHNIAH INTRACKSEE & DIMENSEE]


Sekretariat Rakan Siswa YADIM USIM menzahirkan rasa bangga dan sekalung tahniah kepada 2 Kumpulan Nasyid, Intracksee & Dimensee, Kelab Seni Budaya Pusat Kebudayaan USIM diatas kejayaan memperoleh NAIB JOHAN, TEMPAT KE-4 & VOKAL KUMPULAN TERBAIK sempena Festival Nasyid Peringkat IPTA/IPTS (FESNAIS) 2020 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 

Majlis Pimpinan Universiti yang turut menyertai pertandingan ini ialah Saudara Muhd Nun Khidir bin Shamsudin dan Saudara Faizuddin bin Ahmad Zain.

Allah SWT berfirman:

إِنِّى جَزَيْتُهُمُ ٱلْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوٓا۟ أَنَّهُمْ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
Maksudnya: "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya". (Al-Mu'minun 23:111)

Pepatah Arab ada menyatakan:


ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ 
Maksudnya: "Kesabaran itu menolong setiap pekerjaan".


Semoga kejayaan yang dilakar menjadi inspirasi buat seluruh mahasiswa/i USIM untuk lebih maju dan berdaya saing dalan apa jua bidang yang diceburi dan menjadi permata yang bernilai dalam mengharumkan nama USIM ke persada dunia.

Tahniah!! Semoga terus berjiwa besar berkarya dan melakar kejayaan di masa akan datang.

"TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR"

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM USIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tuesday, 18 February 2020

ENGLISH QUOTES TODAY

“Action expresses priorities.” 
- Mahatma Gandhi

You can say what you want, you can wish it, but nothing will change unless you do something about it. That is to turn a thought into reality. Some people talk a good game, but do the exact opposite of what they say. They have their priorities mixed up. For instances, you say you want a degree but you stay partying  and hanging out all night, your priority is to have fun when it should be to study.

Mahatma Gandhi was a prominent Indian political leader who campaigned for Indian independence. He employed non-violent principles and peaceful disobedience. He was assassinated in 1948, shortly after achieving his life goal of Indian independence. In India, he is known as ‘Father of the Nation'.

By,
Alya 
AJK RND

Sunday, 16 February 2020

DAKWAH DAN TARBIAH


🌹 SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM USIM 19/20🌹

📿 QUOTES OF THE DAY 📿

🌸Quote 8🌸

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”

HR Al Bukhari dan At Tarmizi:
Matan Hadith:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
]التخريج : صحيح البخاري , كتاب المرضى , باب ما جاء في كفارة المرض , حديث رقم 5641 , عن أبي سعيد الخدري وعن أبي هريرة رضي الله عنهم[

Pengajaran Hadith :

Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.
Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

#TekadMenjulangGenerasiAlabrar 
#JomSebarkanKebaikan
#JomBerdakwah
#DnT_RSYUSIM

#ABPI

KALAM MPU


[SELAMAT KEMBALI MAHASISWA/WI USIM KE KAMPUS BARAKAH]

بسم الله الرحمن الرحيم 

Kami dari Sekretariat Rakan Siswa YADIM ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus Barakah untuk semester 2 ini. Harapnya mahasiswa/wi USIM kembali degan penuh semangat, cita-cita dan azam yang baru untuk menjadi yang lebih baik.

Sahabat2, menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap individu muslim. Jadi ayuh!— kita susun langkah dan atur strategi demi mencapai dan menguasai ilmu yang baik dan bermanfaat sebanyak mungkin.

Antara perkara yang perlu kita lakukan :

✅ Niatkan ingin mencapai redha Allah melalui ilmu yang dituntut

✅ Semangat yang kental dan tidak mudah mengalah

✅ Sentiasa meletakkan pergantungan hanya pada Allah agar dipermudahkan urusan dan diterangkan hati untuk menerima ilmu

✅ Memanfaatkan peluang dan masa yang ada untuk mengkaji dan menelaah ilmu


Semoga kita terus bersemangat untuk meningkatkan ilmu dan kebolehan kita sebagai mahasiswa/i Islam 💪

“Orang yang berjaya pernah merasa gagal dan kecewa. Tetapi kegagalan itu dijadikan tangga untuk menapak kejayaan”

"TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR"

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#selamatkembali
#kampusbarakah
#rakansiswayadim

STUDENT' S DIARY


STUDENT'S DIARY 


Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas.

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan sopan, tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain . Lalu guru itu berkata, 

"Selama saya mengajar awak semua, tidak pernah pula saya melihat keadaan macam ni.Hairannya. Boleh sesiapa beritahu, apa yang terjadi sebenarnya?" Guru itu bertanya dalam keadaan hampir pitam.

Tiba-tiba  salah seorang muridnya bangun dan berkata, 

"Sebab, cikgu kan pernah beritahu bila cikgu lihat kami semua diam,cikgu akan pengsan terkejut. Ha...ha....ha...." Berkata seorang murid dengan nada yang yang tidak sopan sambil mentertawakan gurunya.

Akhirnya, kelas kembali berada dalam keadaan tidak terkawal.
  • Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. (Riwayat al-Tirmizi
Seorang pelajar haruslah memiliki  rasa hormat terhadap guru yang mengajar dengan tidak meninggikan suara, mentertawa serta menunjukkan segala perbuatan yang tidak sopan di hadapan mereka. Ini kerana, guru ialah insan kedua selepas ibu bapa kita dalam mendidik anak-anak supaya dapat dibentuk dengan akhlak yang cemerlang dan hamba Allah S.W.T  yang bertakwa dan beriman.
Story by,
Najiha AJK RND