Friday, 3 April 2020

19 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

10 Syaaban 1441H

πŸ“– Santai Ilmu ✨

• REBUT 5 TAWARAN BERHARGA •

Tawaran berharga? Apakah ia? 
Nikmat yang Allah berikan kepada setiap hamba-hambanNya, itulah tawaran berharga. Antara nikmat Allah SWT yang besar kepada manusia, seperti yang dikhabarkan Rasulullah SAW, mafhumnya: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.”

1. Sihat sebelum Sakit

2. Kaya sebelum Miskin

3. Lapang sebelum Sibuk

4. Muda sebelum Tua

5. Hidup sebelum Mati

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, ayuh kita isikan masa-masa yang lima ini dengan bersungguh-sungguh sebelum datangnya lima perkara yang penuh kesusahan.


SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Thursday, 2 April 2020

JOM BACA SURAH AL-KAHFI


🌹 SEKRETARIAT  RAKAN SISWA YADIM USIM 19/20🌹

 Jom Baca Surah Al-Kahfi😊

" Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat. "

[ HR. Abu Bakar bin Mardawaih ]

"TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR" 

EXCO DAKWAH & TARBIYAH
MAJLIS PIMPINAN UNIVERSITI 2019/2020
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


#DnTSeanteroDunia
#JomSebarkanKebaikan
#JomBerdakwah
#RSYUSIM
#ABPI

20 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

9 Syaaban 1441H

πŸ“– Santai Ilmu ✨

• AMALAN SUNNAH HARI JUMAAT •

Hari Jumaat adalah hari untuk beribadah, dan hari itu darjatnya seperti hari-hari yang ada pada bulan Ramadhan. Pada hari Jumaat juga ada waktu IJABAH (terkabulnya doa) untuk berdoa seperti malam Lailatul Qodar di bulan Ramadhan. 

Amalan sunnah yang boleh dilakukan pada hari Jumaat:

1) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW pada malam dan siang hari Jumaat. 

2) Membaca surah al-Kahfi pada siang atau malam Jumaat. 

3) Mandi, memakai wangian dan mengenakan pakaian terbaik. 

4) Memperbanyakkan doa dan bersedekah. 

5) Bersugi dan memotong kuku. 

Sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu, tidaklah seorang yang beriman meminta berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya"
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah di hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat. ✨

Salam Jumaat πŸ•Š

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


21 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

8 Syaaban 1441H

πŸ“– Santai Ilmu ✨

• JANGAN PUTUS DOA •

Hari ini telah masuk hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakan, jangan putus doa walaupun semakin hari,  semakin meningkat angka pesakit COVID 19, namun percayalah semua ini hanya sementara.  Doalah agar rantaian virus ini segera putus.  Doalah moga urusan Frontliner dipermudahkan.  Doalah untuk kesihatan kita semua.  

Daripada Abu Hurairah RA,  bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Berdoalah kepada Allah dan yakinlah kamu Allah akan memustajabkannya"

[ HR TIRMIZI ]

Walau apapun jadi,  jangan putus doa,  Allah ada bersama kita ☺️✊🏻

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Wednesday, 1 April 2020

22 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

7 Syaaban 1441H

πŸ“– Santai Ilmu ✨

• SABAR ATAU MENGELUH?? •

Hari ini masuk hari ke 15 Perintah Kawalan Pergerakan,  Masih teguhkah hati kita? , Masih sabarkah kita? Atau sedang mengeluhkah kita? Negara diuji dengan penularan wabak Covid-19 adalah satu perkara baharu dalam hidup kita. Kita sebagai seorang muslim perlulah memandang perkara ini sebagai ujian dari Allah, jangan mengeluh, cepat berputus asa dan menyalahkan individu lain dengan datangnya ujian ini. Barang siapa yang tetap bersabar dalam menghadapi kesulitan, maka akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Allah SWT berfirman:
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al Baqarah: 155)

Oleh itu, marilah kita berdoa dan bersabar agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir. "Tapi sungguh, siapa pun yang sabar dan tekun akan mekar seperti bunga, akan indah seperti purnama dan menakjubkan seperti kupu-kupu."

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tuesday, 31 March 2020

ENGLISH QUOTES TODAY

“This life is like a swimming pool. You dive into the water, but you can’t see how deep it is.”
 -Dennis Rodman-

There are many uncertainties in life, just like a swimming pool where you cannot see the bottom. We often dive into life with the uncertainty to diving into a pool. We are confident going in but we really have no idea what the outcome will be.

Born in Trenton, New Jersey, in 1961, Dennis Rodman was selected in the second round of the 1986 NBA draft by the Detroit Pistons. He on to become one of the league's dominant rebounders, leading the Pistons and later the Chicago Bulls to multiple championships, before earning induction into the NBA Hall of Fame in 2011.

By,
Alya AJK RND

Monday, 30 March 2020

23 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

6 Syaaban 1441H

πŸ“– Santai Ilmu ✨

• SYUKUR •

Syukur dengan nikmat yang diberikan sama ada nikmat yang sedikit ataupun banyak, kecil atau besar dan kurang atau lebih, ia merupakan sifat dan akhlak yang terpuji serta patut diamalkan oleh setiap Muslim.

Bagaimana seseorang itu bersyukur?

1. Menerima dengan rela apa yang ada.

2. Memohon kepada Allah tambahan rezeki dan disertai dengan usaha dan ikhtiar.

3. Menerima dengan sabar segala ketentuan Allah.

4. Bertawakal kepada Allah.

5. Tidak tertarik oleh tipu daya duniawi

Allah SWT berfirman:
“Maka ingalah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu dan bersyukurlah pada-Ku dan janganlah kalian kufur”
(Surah Al-Baqarah:152)

Jadilah orang yang bersyukur maka kita akan jadi orang yang bahagia .✨

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Sunday, 29 March 2020

24 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

5 Syaaban 1441H

πŸ“– Santai Ilmu ✨

• AMALAN HARIAN ORANG MUKMIN •

1. Bermuhasabah diri setiap kali sebelum tidur. 

2. Mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air mata kerana takutkan Allah. 

3. Melakukan ibadah puasa selain daripada puasa Ramadhan. 

4. Bangun 2/3 malam untuk melakukan solat sunat tahajud.

5. Khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebulan. 

6. Sentiasa berzikir kepada Allah. 

7. Sentiasa menziarahi kubur supaya sentiasa mengingati mati. 

Ibadah dan amal soleh merupakan aktiviti yang menghiasi kehidupan umat Islam. Jika dikerjakan dengan ilmu dan pemahaman, maka balasannya merupakan kedamaian dan pahala yang mengalir bagaikan mata air tanpa henti. ✨

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA