Saturday, 2 May 2020

KALAM SYABAB


[KALAM SYABAB]
#RSYHidupkanRamadhan

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin.
Seluruhnya urusannya itu baik.
Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin.

Jika mendapatkan kesenangan,
lalu dia bersyukur—
itu baik baginya.

Jika mendapatkan kesusahan,
lalu dia bersabar—
itu pun baik baginya.”

(HR. Muslim, no. 2999)


"TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR"
MAJLIS PIMPINAN UNIVERSITI
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


#RamadhanKareem
#KuasaAnakMudaIslam 
#KemenanganMuslim
#RSYHidupkanRamadhan
#StaySafe #StayCalm #StayAtHome

DISKUSI ONLINE SLOT 1 WANITA & RAMADAN


[ SISCA@Ramadhan ]

Siri 1
Tajuk : Wanita & Ramadhan
Hari : Khamis
Masa : 3 petang

Hebatnya Wanita, hatta pada bulan Ramadhan mereka boleh mengumpul banyak pahala

Jumpa anda esok ya !

#MadrasahRamadhan
#Sisca@Ramadhan
#RSYUSIM

ROUND 5 SISCA QURANTIME


[ SISCA QURANTIME ]

TAJUK: DAH PUASA TAPI MASIH BUAT DOSA

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

-Surah Al-Baqarah, Ayah 183

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Indah didikan Tuhan.

Dia melatih setiap mukmin untuk SANGGUP merasai segala rasa yang tidak menyenangkan, demi memenangkan Iman.

Manusia itu memang mahu menjauhi daripada "sakit" atau hal yang tidak menyenangkan.

Survival kan.

Fitrah.

Bahkan sebarang emosi yang "menyakitkan" akan cuba diurus dengan pelbagai cara.

Bagaimana puasa ini melatih taqwa?

Puasa, melatih manusia untuk sanggup mengorbankan rasa lapar, dahaga dan segala yang membatalkan puasa demi ketaatan kepadaNya.

SANGGUP menginfakkan harta ketika ada yang meminta sumbangan. Mendidik diri supaya tidak tertipu dengan tipu daya harta dan keindahan dunia. 

SANGGUP  menahan diri daripada desakan-desakan dalaman, tatkala timbul keinginan melakukan perbuatan maksiat terkeji. 

Bagaimana untuk bertaqwa jika tidak melatih diri dengan kemahiran KESANGGUPAN mengorbankan segalanya hanya untuk Yang Maha Esa? 

Rupa-rupanya, melatih kemahiran  SANGGUP merasai segala yang tidak disukai ketika puasa (Rasa lapar, dahaga, tak bermaya), sebenarnya melatih diri untuk bertaqwa dan beriman kepadaNya.

Allah berfirman :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata : "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Surah Al-Ankabut ayat 2)

SITI NOR ASYIKIN BINTI ZAKARIA
TIMBALAN EXCO SISWI
RAKAN SISWA YADIM USIM

Jom sertai QURANTIME kami
๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ
https://chat.whatsapp.com/FfqspU3fWFA8QvlCCR1uB5

#MadrasahPeradaban
#RakanSiswaYADIM

Happy Birthday Syuk & Admin blog too!!!!


Happy Birthday Syuk!!!
Happy Birthday Admin Blog RSY!!!

| SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN |

" APRIL BABIES OF RSY " ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ

Assalammualaikum w.b.t, 
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM Universiti Sains Islam Malaysia [MPU RSY USIM] ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada  Saudara Ahmad Syukryllah, Exco Perhubungan dan Kebajikan Rakan Siswa Yadim (RSY) USIM dan Saudari Nur Atiqah Syazwani, Timbalan Exco Penyelidikan dan Pembangunan Rakan Siswa Yadim (RSY) USIM.  

Semoga umur diberkati dan dimurahkan rezeki.
ุณู†ุฉ ุญู„ูˆุฉ ... ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุช ุฎูŠุฑ

Tulus ikhlas daripada kami,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM USIM

"Tekad Menjulang Generasi Al-Abrar"

#FamilyRSYLovesYou
#RSYUSIM
#TekadMenjulangGenerasiAlAbrar
#SalamRamadhanKareem

Monday, 27 April 2020

KALAM SYABAB


[KALAM SYABAB]
#RSYHidupkanRamadhan

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11,
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
.
Hidup adalah tentang membuat pilihan.

Pilihan kita hari ini, mampu menentukan dan memberi gambaran bagaimana kita di masa hadapan. Jika ada sesuatu impian yang ingin kita capai, perkara utama yang perlu diambil kira adalah keadaan diri kita; adakah kita mampu dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang akan mendatang dalam proses merealisasikan impian tersebut.

Perubahan, perlu bermula dengan diri sendiri.
.
.
"TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR"
MAJLIS PIMPINAN UNIVERSITI
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#RamadhanKareem
#KuasaAnakMudaIslam 
#KemenanganMuslim
#RSYHidupkanRamadhan
#StaySafe #StayCalm #StayAtHome

SALAM TAKZIAH


[ SALAM TAKZIAH ] 

24 April 2020 - Telah kembali ke rahmatullah seorang Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Mohd Faisal bin Mohamed dan akan dikebumikan pada tengahari ini.

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergiannya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan mendapat keampunan daripada Allah SWT.

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْ ู„ู‡ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ ูˆَุนَุงูِู‡ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†ْู‡ ูˆَุฃَูƒْุฑِู…ْ ู†ُุฒُู„َู‡ ูˆَูˆَุณِّุนْ ู…ُุฏْุฎَู„َู‡ ูˆَุงุบْุณِู„ْู‡ ุจِุงู„ْู…َุงุกِ ูˆَุงู„ุซَّู„ْุฌِ ูˆَุงู„ْุจَุฑَุฏِ ูˆَู†َู‚ِّู‡ ู…ِู†ْ ุงู„ْุฎَุทَุงูŠَุง ูƒَู…َุง ู†َู‚َّูŠْุชَ ุงู„ุซَّูˆْุจَ ุงู„ْุฃَุจْูŠَุถَ ู…ِู†ْ ุงู„ุฏَّู†َุณِ ูˆَุฃَุจْุฏِู„ْู‡ ุฏَุงุฑًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฏَุงุฑِู‡ ูˆَุฃَู‡ْู„ًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฃَู‡ْู„ِู‡ ูˆَุฒَูˆْุฌًุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْ ุฒَูˆْุฌِู‡ ูˆَุฃَุฏْุฎِู„ْู‡ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูˆَุฃَุนِุฐْู‡ุง ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ْู‚َุจْุฑِ ุฃَูˆْ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ู†َّุงุฑِ
ِ
“Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.” 

Semoga segala bakti dan usaha beliau dalam menyebarkan ilmu kepada seluruh mahasiswa/i USIM khususnya terus diingati dan mengalir sebagai pahala buat arwah dengan asbab tersebarnya ilmu yang berterusan.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2019/2020
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2019/2020
RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#mediaspmm
#spmm1920

SISCA @ RAMADAN


๐ŸŒธ MADRASAH RAMADHAN ๐ŸŒธ

Khas buat Para Muslimat seantero dunia๐ŸŒน

Sempena bulan penuh kemuliaan ini, Siswi Rakan Siswa YADIM dengan berbesar hati membawakan SISCA@Ramadan iaitu usrah bersiri setiap minggu bersama barisan panel muslimat yang diimport khas buat kalian, WANITA ! 

Lebih Menarik,  usrah ini akan dijalankan secara Face To Face melalui medium seperti Zoom,  Jitsi Meet dan juga IG Live ! 

JOIN LINK DIBAWAH UNTUK SERTAI KAMI !๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://chat.whatsapp.com/BUQwXk1ZoA13ADuvjsxHiY

P/S: Terbuka untuk semua muslimat sahaja
link akan diberi 15 minit sebelum program bermula.

#Sisca@Ramadan
#RamadhanDihayati
#TaqwaDirasai
#MadrasahPeradaban

ROUND 4 SISCA QURANTIME


[ SISCA QURANTIME ]

"Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."

[Surah Taha 20:131]

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Bahagia itu letaknya dihati, bukan diukur melalui kelapangan hidup duniawi. Sekiranya wujud rasa iri terhadap kesenangan yang Allah berikan pada orang lain, muhasabahlah semula. Seharusnya kita ajar diri untuk mensyukuri nikmat yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk kita, bukan menghitung apa yang ada pada mereka. Dunia ini ujian. Sabarlah menghadapi musibah, bersyukurlah atas segala nikmat. Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah.

NUR AMALINA BINTI AB RAZAK
EXCO MULTIMEDIA DAN DOKUMENTASI
RAKAN SISWA YADIM USIM

Jom sertai QURANTIME kami
๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ
https://chat.whatsapp.com/FfqspU3fWFA8QvlCCR1uB5

#MadrasahPeradaban
#RakanSiswaYADIM

DOA BERBUKA PUASA


KALAM SYABAB


[KALAM SYABAB]
#RSYHidupkanRamadhan

Memetik kata-kata Albert 
Einstein, hidup ini bagaikan menaiki basikal. Kita perlu teruskan pergerakan demi memastikan keseimbangan.

Jika kita berhenti, kita akan hilang imbangan dan jatuh. Begitulah kehidupan kita sebagai seorang manusia, yang juga seorang hamba kepada Tuhan yang Maha Mencipta.

Walau apa pun keadaan kita, diasak tekanan mahupun didatangkan bertubi-tubi ujian... Kita perlu teruskan perjalanan. Teruskan dan jangan berhenti. Letakkan sepenuh pergantungan pada Allah s.w.t. 

Bersakit penat di dunia,
berlapang rehat di syurga.

Salam Ramadhan 1441H. ๐Ÿ’œ

"TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR"
MAJLIS PIMPINAN UNIVERSTI
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


#RamadhanKareem
#RSYHidupkanRamadhan
#StaySafe #StayCalm #StayAtHome