Monday, 11 May 2020
SELAMAT HARI IBU
| SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU |
Pepatah melayu menyebut, “Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.” Ungkapan ini menggambarkan betapa kuatnya pengaruh seorang ibu terhadap pendidikan dan perkembangan anak-anaknya.
Ibu merupakan madrasah pertama sejak anaknya berada dari dalam rahim lagi. Terdidiknya seorang ibu, maka akan terdidik jugalah anaknya.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Tugas wanita juga adalah menguruskan rumah tangga dengan membahagiakan suami. Selain itu, membentuk sebuah keluarga bahagia yang berasaskan ketenangan, kemesraan dan kasih sayang. Dicatatkan, wanita yang menjadi pendamping yang baik kepada suaminya dikira satu jihad pada jalan Allah SWT.”
(Lihat Fatawa Mu’asirah (terjemahan), 2/204)
Sempena hari ibu ini, kami berdoa kepada Allah semoga para ibu dirahmati Allah dan ditempatkan bersama golongan yang solehah atas pengorbanan yang tiada tolok bandingnya.
“Terima kasih ibu, jazakillah khairal jaza’.”
#SelamatHariIbu
#SiswiRakanSiswaYADIM
#RSYUSIM
Happy Birthday Kak Yana!!!
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Assalammualaikum w.b.t,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM Universiti Sains Islam Malaysia [MPU RSY USIM] ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Saudari Nur Liyana binti Sukhaimi, Timbalan Exco Latihan dan Kaderisasi Rakan Siswa Yadim (RSY) USIM.
Semoga umur diberkati dan dimurahkan rezeki.
سنة حلوة ... كل عام وأنت خير
Tulus ikhlas daripada kami,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM USIM
"Tekad Menjulang Generasi Al-Abrar"
#FamilyRSYLovesYou
#RSYUSIM
#TekadMenjulangGenerasiAlAbrar
#SalamRamadhanKareem
Subscribe to:
Posts (Atom)