Sunday, 5 April 2020

COVID-19 : UJIAN & RAHMAT DARI ALLAH


💖 COVID19 : UJIAN DAN  HIKMAH DARI ALLAH 💖

‎🌷 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🌷 

Seperti yang kita ketahui, kita sedang berada di fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan atas sebab penularan wabak Covid-19. Tahun 2020 ini sangat mencabar dan berbagai mehnah kita semua lalui walaupun masih berada di awal tahun. Cabaran dan ujian yang diberikan ini banyak hikmah dan ibrah untuk disingkap bersama.

Akhir tahun lalu virus ini mula bertapak dari negara China dan mula merebak dengan cepat ke seluruh dunia. Ketika ini, jumlah pesakit yang telah disahkan positif adalah melebihi 1 juta orang diseluruh dunia dan kematian seluruh dunia menghampiri 54 ribu, angka ini semakin meningkat dan menggusarkan banyak pihak. 

Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac sehingga 14 April 2020 bagi mengekang penularan virus ini dari terus merebak dan mengarahkan seluruh rakyat untuk kekal berada dirumah dan tidak mengadakan sebarang perjumpaan yang tidak perlu. 

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan itu, masyarakat perlu akur dan memberi kerjasama kepada Kerajaan.

Dalam Surah Al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

Percayalah walau apa juga ujian yang melanda kehidupan kita sepanjang tempoh ini Allah SWT sebenarnya ingin mengajar kita sesuatu dan setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya.

Jika direnung dan diamati dari kaca mata iman, terlalu banyak hikmah dan ibrah yang dapat kita ambil sepanjang mengikuti arahan pihak kerajaan ini.

🔑 Antara hikmah yang boleh di ambil adalah : 

☘️ Dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra dan lebih erat dikalangan ahli keluarga.
☘️ Dapat meningkatkan amal kebajikan dengan menolong ibu bapa, solat berjemaah dan tilawah al-quran.
☘️ Perbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan.
☘️ Mampu berhubung dengan lebih erat bersama sanak saudara dan sahabat yang berjauhan.
☘️ Mampu mendidik hati dan jiwa agar sentiasa bersyukur serta berpada-pada di atas setiap rezeki yang dikurniakan.

Terlalu banyak hikmah Allah disebalik ujian ini untuk di hayati dan difahami dengan hati fikiran yang lapang. 

Buat sahabat-sahabat USIM, kami turut titipkan beberapa pesanan dan nasihat buat sahabat semua iaitu : 

💡Manfaatkan sebaik mungkin masa bersama keluarga bagi yang berada dikampung.
💡Bagi yang berada di hostel atau rumah sewa, terus jaga hubungan baik dengan sahabat-sahabat dan tolong menolong.
💡Mematuhi arahan kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Pengurusan tertinggi USIM dan MPP USIM dari semasa ke semasa.
💡Menjaga kesihatan dengan baik dan pastikan berada dalam keadaan bersih sentiasa.
💡Lakukan telah diamanahkan sebagai seorang pelajar seperti assignment dan sebagainya.
💡Manfaatkan masa dengan membaca buku, membaca Al-quran, membaca berita dan cakna tentang isu-isu semasa.
💡Menyebarkan kebaikan dan pesanan-pesanan kebaikan kepada orang terdekat.
💡Jadi model yang baik kepada masyarakat kerana kita duta kecil buat universiti dan agama.

Kami mendoakan agar, kalian semua terus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapam naungan Illahi sentiasa serta dijauhkan dari sebarang wabak penyakit kepada anda, keluarga dan sahabat terdekat.

Kami juga turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan hadapan negara terdiri daripada petugas perubatan, pihak polis dan askar, juga  barisan hadapan yang bertugas di Kampus USIM  dengan ucapan jazakumullahu khairan hanya Allah mampu membalas jasa dan kebaikan anda semua lakukan demi negara ini.

Teruslah ingat Allah sentiasa, Teruslah selawat kepada junjungan Nabi dan Teruslah kekal berada di rumah. Moga Allah memudahkan segala urusan kita semua.

‘TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR’

Nik Muhammad Na’im
Timbalan Presiden 
Rakan Siswa YADIM 
Universiti Sains Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment