Saturday, 21 March 2020
MANFAAT MASA DENGAN MEMBACA
Pada masa ini rakyat Malaysia telah diarahkan oleh Kerajaan Malaysia dengan perintah kawalan pergerakan akibat penularan wabak virus Covid-19. Berikutan itu, seluruh rakyat Malaysia perlulah berada dirumah dan jika ingin keluar hanya untuk urusan penting dan keperluan sahaja untuk mengelak wabak ini terus menular.
Maka diharapkan semua rakyat Malaysia patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan dan sentiasa menjaga diri dengan baik.
Di kesempatan ini, Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY) USIM ingin mengajak rakyat Malaysia tidak kira dari peringkat mahasiswa, golongan bekerja, kanak-kanak dan sebagainya untuk memanfaatkan masa dirumah dengan sebaik mungkin. Apakah aktiviti yang bermanfaat sepanjang berada dirumah?
MEMBACA.
Wahyu pertama Allah SWT turunkan pada Nabi Muhammad SAW ialah tentang membaca. Firman Allah dalam Surah Al-'Alaq: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk).
Islam memandang tinggi perbuatan membaca untuk membentuk masyarakat yang berilmu.
MANFAAT PADA MANUSIA
Pastinya terdetik dalam hati setiap dari kita untuk menjadikan diri seorang yang berguna dan memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat. Agama juga sangat menuntut untuk kita membantu orang lain kerana sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah paling bermanfaat bagi manusia"
(HR.Ahmad, At-Thabrani,Ad-Daruqutni).
Salah satu cara menjadi manusia yang berguna adalah dengan banyak membaca perkara yang bermanfaat supaya dapat disebarkan manfaat itu pada orang sekeliling.
Mudah bukan? Ianya seperti formula:
💡 Masa lapang + Membaca = Memberi Manfaat 💡
Sekali lagi di ruang ini Sekretariat Rakan Siswa YADIM ingin mengajak anda semua dalam tempoh kawalan pergerakan ini dan hari seterusnya untuk menjadi manusia yang tidak mensia-siakan waktu lapang dan memberi manfaat pada diri sendiri serta masyarakat dengan MEMBACA.
Ayuh kita mulakan langkah MEMBINA GENERASI BERILMU . ✊
• TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR •
SETIAUSAHA
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
#membacamemberimanfaat
#covid-19
#kawalanpergerakan
#rakansiswayadim
Friday, 20 March 2020
SALAM RINDU DARI KAMPUS USIM
Khas buat semua Mahasiswa/wi yang merindui Kampus Barakah. Suasana sunyi di perkarangan USIM termasuk semua fakulti, Kompleks Islam serta Bangunan Canselori. Sebuah video yang telah dimuatnaik semalam ke laman sosial rasmi USIM menunjukkan persekitaran USIM sunyi tanpa keriuhan pelajar dan kenderaan keluar masuk untuk berurusan. Sekretariat Rakan Siswa YADIM USIM mengambil peluang di kesempatan ini menyeru kepada semua Mahasiswa/wi bagi sama-sama berdoa khususnya kepada warga USIM semoga terhindar daripada wabak penyakit Covid-19 yang sedang menular di negara kita.
"Jika kamu mendengar wabak di suatu wilayah, maka janganlah kalian memasukinya. Tapi jika terjadi wabak di tempat kamu berada, maka jangan tinggalkan tempat itu." (HR Bukhari)
#USIMbebasCovid19
#rsyusim
#Rndcakna
#USIMbebasCovid19
#rsyusim
#Rndcakna
Wednesday, 18 March 2020
Happy Birthday Maher!!!
Happy Birthday Maher!!! Timbalan Exco Dakwah & Tarbiah..
Semoga menjadi anak yang solehah, anak kebanggaan keluarga.Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan serta umur yang diberkati.Semoga diberi kejayaan dalam semester ini dan semester-semester akan datang dan semoga menjadi pemimpin dan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah & akademik..Amin-amin Ya Rabb
Happy Birthday Nun !!! May Allah bless you....
Monday, 16 March 2020
ENGLISH QUOTES TODAY
"Our truest life is when we are in dreams awake."
-Henry David Thoreau-
Dreams give us a vision to work on. A person without dreams is as good as an animal. So the best in life comes when you watch big dreams with open eyes. Dreams keep us inspired. All the big achievers of world were big dreamer. They dreamed of impossible things and worked hard to convert them into reality.
Henry David Thoreau was born on July 12, 1817, in Concord, Massachusetts. He began writing nature poetry in the 1840s, with poet Ralph Waldo Emerson as a mentor and friend. In 1845 he began his famous two-year stay on Walden Pond, which he wrote about in his master work, Walden. He also became known for his beliefs in Transcendentalism and civil disobedience, and was a dedicated abolitionist.
By,
Alya AJK RND
DAKWAH DAN TARBIAH
🌹 SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM USIM 19/20🌹
📿 QUOTES OF THE DAY 📿
🌸Quote 12🌸
Barang siapa yang melapangkan kesusahan dunia daripada seorang mukmin, Allah akan melapangkan darinya satu kesusahan di hari kiamat
*Hadis Riwayat Imam Muslim *
Tak kering poket orang bersedekah,
Tak hilang masa orang membantu.
Pahala melimpah itu janji Allah,
Buat bekalan kiamat yang tentu.
#TekadMenjulangGenerasiAlabrar
#JomSebarkanKebaikan
#JomBerdakwah
#DnT_RSYUSIM
#ABP
Subscribe to:
Posts (Atom)