Saturday, 28 March 2020
25 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
4 Syaaban 1441H
๐ Santai Ilmu ✨
•PEMBENTUKAN WANITA MUSLIMAH•
Wanita Muslimah perlu mempunyai senjata yang ampuh untuk menghadapi cabaran fizikal dan serangan pemikiran yang mendatang tanpa henti pada hari ini. Jadi wanita perlulah mempersiapkan diri dengan :
1. ILMU agama dan ilmu kehidupan.
2. AKHLAK yang membina maruah.
3. IMAN yang membawa kepada amal.
4. PERSEKITARAN yang membina dan memelihara kesucian dan keunggulan wanita.
Jadilah Wanita yang hebat bukan kerana kecantikannya tetapi kerana Ilmu dan Akhlaknya. ๐ธ
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRATARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Friday, 27 March 2020
26 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
3 Syaaban 1441H
๐ Santai Ilmu ✨
• PAHALA BESAR BERDIAM DI RUMAH SAAT TERJADI WABAH •
Penularan wabak Covid-19 merupakan peringatan Allah bagi siapa saja yang Dia kehendaki dan rahmat bagi orang-orang beriman. Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia dan #stayathome adalah salah satu cara yang efektif untuk mengurangi penyebaran dan penularan Covid-19.
Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa yang tinggal di rumahnya ketika terjadi wabak, maka dia mendapatkan pahala syahid walaupun tidak meninggal dunia."
(HR. Ahmad)
Semoga dengan inisiatif Stay At Home ini, kita dapat memperbanyak istighfar dan berdoa agar wabak ini segera berakhir dan kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amiin ✨
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRATARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Thursday, 26 March 2020
27 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
2 Syaaban 1441H
๐ Santai Ilmu ✨
• PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN RAMADHAN •
1. Hadapi Ramadhan dengan Ilmu
-Banyakkan membaca, buat perbincangan dan soal jawab berkaitan Ramadhan dengan ustaz2 dan alim ulama.
2. Panaskan badan dengan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis
-Perut dan badan perlu disesuaikan sebelum berpuasa di bulan Ramadhan.
3. Biasakan untuk tidur awal dan bangun sebelum Subuh
-Sebagai latihan untuk mudah bangun sahur, bertahajud dan beribadah di awal pagi.
4. Sibukkan diri dengan amal ibadah
-Membaca Al-quran, berzikir dan sentiasa berwuduk.
5. Mulakan amalan bersedekah sedikit demi sedikit
-Hulurkan bantuan kepada fakir miskin, di masjid atau surau serta sesiapa yang memerlukan.
6. Hebahkan kehadiran Ramadhan
- Gunakan media sosial yang ada untuk menghebahkan kehadiran bulan mulia ini, untuk kita saling ingat mengingati.
Semoga wabak Covid-19 ini akan beransur pulih sebelum hadirnya Ramadhan yang dinanti. Mari teruskan berdoa dan solat hajat ๐คฒ.
Salam Jumaat ๐ธ
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Happy Birthday Kak Izzah!!!
| SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN |
ุจِุณููููููููููۡ ِ ูฑِููู ูฑูุฑَّุญููۡ َِٰูู ูฑูุฑَّุญِููููููููู ِ
Assalammualaikum w.b.t,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM Universiti Sains Islam Malaysia [MPU RSY USIM] ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Saudari Nurul Izzah Binti Sha’ari, Timbalan Exco Perhubungan dan Kebajikan Rakan Siswa Yadim (RSY) USIM.
Semoga umur diberkati dan dimurahkan rezeki.
ุณูุฉ ุญููุฉ ... ูู ุนุงู ูุฃูุช ุฎูุฑ
Tulus ikhlas daripada kami,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM USIM
"Tekad Menjulang Generasi Al-Abrar"
#RSYUSIM
#TekadMenjulangGenerasiAlAbrar
FactStory by RND
KEMERDEKAAN BANGSA YANG DINANTI
(1957)
Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.
Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645. Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu, nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.
Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Ia terletak di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan Raja dahulunya Gombak Road.
Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.
Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Bullen Hugh Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.
Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.
#mahasiswapatriotik
#Sayangimonumensejarah
#Rsyusim
#FactStoryRnD
By,
Najiha AJK RND
Wednesday, 25 March 2020
28 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
1 Syaaban 1441H
๐ Santai Ilmu ✨
• Syaaban Datang, Ramadhan Semakin Dekat •
Syaaban itu ibarat sebagai pendahuluan bagi bulan Ramadhan. Bulan Syaaban adalah bulan dimana kita sedang menyiram tanaman yang kita tanam iaitu dengan kata lain adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala cela. Jadi, marilah kita perbanyakkan beribadah di bulan Syaaban ini. ✨
Sabda Nabi SAW:
"Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu"
(Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili R.A.)
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
29 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
30 Rejab 1441H
๐ Santai Ilmu ✨
•Jangan abaikan untuk berdoa•
Allah SWT berfirman:
”Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku”
(Al-Baqarah: 186)
Jangan pernah putus asa untuk berdoa padaNya, yakin dan percaya atas kuasa doa dan janji Allah SWT.
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Tuesday, 24 March 2020
30 HARI MENJELANG RAMADAN
[30 HARI LAGI MENJELANG RAMADHAN] ๐
29 REJAB 1441H
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู
Pantas masa berlalu tanpa kita sedar Ramadhan kian tiba. Di saat ini Allah sedang memberi ujian kepada kita dengan wabak Covid-19 ini, disebalik ujian ini ada hikmah yang Allah ingin sampaikan pada hamba-hambaNya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk”
(2:45)
Marilah kita sama2 terus menadah tangan berdoa dan bermunajat meminta pertolonganNya agar wabak Covid-19 ini segera berakhir serta kita dapat meneruskan ibadah Ramadhan pada tahun ini dengan lebih baik dan hati yang tenang.
Di samping itu, kita perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dan juga mendoakan semua kakitangan yang sedang berusaha menangani krisis penularan wabak Covid-19 ini agar diberi kekuatan dan perlindungan oleh Allah SWT.
Pucuk selasih tunasnya menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan silap mohon dimaafkan.
MARHABAN YAA RAMADHAN 1441 HIJRAH ๐ซ
•TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR•
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Monday, 23 March 2020
Happy Birthday Fatihah!!!
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN
ุจِุณููููููููููۡ ِ ูฑِููู ูฑูุฑَّุญููۡ َِٰูู ูฑูุฑَّุญِููููููููู ِ
Assalammualaikum w.b.t,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM Universiti Sains Islam Malaysia [MPU RSY USIM] ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Saudari Fatihah Nuraishah binti Mohammad Musa, Timbalan Exco Ekonomi dan Keusahawanan Rakan Siswa Yadim (RSY) USIM.
Semoga umur diberkati dan dimurahkan rezeki.
ุณูุฉ ุญููุฉ ... ูู ุนุงู ูุฃูุช ุฎูุฑ
Tulus ikhlas daripada kami,
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM USIM
"Tekad Menjulang Generasi Al-Abrar"
#RSYUSIM
#TekadMenjulangGenerasiAlAbrar
DAKWAH DAN TARBIAH
๐น SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM USIM 19/20๐น
๐ฟ QUOTES OF THE DAY ๐ฟ
๐ธQuote 13๐ธ
Barangsiapa Yang bersandar pada harta, ia akan miskin.
Barangsiapa Yang bersandar pada harga diri, ia akan hina.
Barangsiapa Yang bersandar pada akalnya, ia akan tersesat.
Namun barangsiapa bersandar pada Allah, Sesungguhnya ia tak pernah miskin, hina dan sesat
Ali Bin Abi Talib RA
#TekadMenjulangGenerasiAlabrar
#JomSebarkanKebaikan
#JomBerdakwah
#DnT_RSYUSIM
#ABP
Sunday, 22 March 2020
SALAM ISRA' MI'RAJ
[ SALAM ISRA' MI’RAJ 1441H ] ๐๐
Peristiwa Isra' dan Mi’raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ๏ทบ.
Setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini adalah dari kehendak Allah SWT, begitu juga dengan peristiwa Isra' Mi’raj yang berlaku pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang boleh kita ambil, jadi apakah hikmah atau ibrah dari peristiwa Isra' dan Mi’raj ini?
✏ Hikmah Isra' Mi’raj berlaku pada waktu malam
Waktu malam merupakan waktu terbaik untuk seorang hamba mendekatkan dirinya pada Allah SWT dengan beribadah seperti solat, zikir, membaca Al-Quran, bermunajat dan sebagainya. Jiwa lebih dekat dengan penciptaNya dalam keadaan malam yang sunyi dan manusia lain lena dibuai mimpi.
✏ Perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ➡ Masjidil Aqsa ➡ Sidratul Muntaha
Tempat-tempat yang dilalui Baginda SAW sebelum bertemu Allah adalah tempat yang perlu kita umat Islam pertahankan sepanjang zaman daripada musuh-musuh yang cuba untuk merampas dan memusnahkannya.
Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa ini dan terus berdoa kepada Allah SWT meminta rahmat dan pertolonganNya sepanjang kita hidup di muka bumi ini.
" Salam Isra’ Mi’raj, Sebuah Perjalanan Agung Rasul Tercinta "
• TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR •
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)