Sunday, 22 March 2020
SALAM ISRA' MI'RAJ
[ SALAM ISRA' MI’RAJ 1441H ] 🕋🕌
Peristiwa Isra' dan Mi’raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.
Setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini adalah dari kehendak Allah SWT, begitu juga dengan peristiwa Isra' Mi’raj yang berlaku pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang boleh kita ambil, jadi apakah hikmah atau ibrah dari peristiwa Isra' dan Mi’raj ini?
✏ Hikmah Isra' Mi’raj berlaku pada waktu malam
Waktu malam merupakan waktu terbaik untuk seorang hamba mendekatkan dirinya pada Allah SWT dengan beribadah seperti solat, zikir, membaca Al-Quran, bermunajat dan sebagainya. Jiwa lebih dekat dengan penciptaNya dalam keadaan malam yang sunyi dan manusia lain lena dibuai mimpi.
✏ Perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ➡ Masjidil Aqsa ➡ Sidratul Muntaha
Tempat-tempat yang dilalui Baginda SAW sebelum bertemu Allah adalah tempat yang perlu kita umat Islam pertahankan sepanjang zaman daripada musuh-musuh yang cuba untuk merampas dan memusnahkannya.
Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa ini dan terus berdoa kepada Allah SWT meminta rahmat dan pertolonganNya sepanjang kita hidup di muka bumi ini.
" Salam Isra’ Mi’raj, Sebuah Perjalanan Agung Rasul Tercinta "
• TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR •
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment