Saturday, 21 March 2020

MANFAAT MASA DENGAN MEMBACA


Pada masa ini rakyat Malaysia telah diarahkan oleh Kerajaan Malaysia dengan perintah kawalan pergerakan akibat penularan wabak virus Covid-19. Berikutan itu, seluruh rakyat Malaysia perlulah berada dirumah dan jika ingin keluar hanya untuk urusan penting dan keperluan sahaja untuk mengelak wabak ini terus menular.

Maka diharapkan semua rakyat Malaysia patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan dan sentiasa menjaga diri dengan baik.

Di kesempatan ini, Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY) USIM ingin mengajak rakyat Malaysia tidak kira dari peringkat mahasiswa, golongan bekerja, kanak-kanak dan sebagainya untuk memanfaatkan masa dirumah dengan sebaik mungkin. Apakah aktiviti yang bermanfaat sepanjang berada dirumah?

MEMBACA. 

Wahyu pertama Allah SWT turunkan pada Nabi Muhammad SAW ialah tentang membaca. Firman Allah dalam Surah Al-'Alaq: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan yang menciptakan (sekalian makhluk).

Islam memandang tinggi perbuatan membaca untuk membentuk masyarakat yang berilmu.

MANFAAT PADA MANUSIA

Pastinya terdetik dalam hati setiap dari kita untuk menjadikan diri seorang yang berguna dan memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat. Agama juga sangat menuntut untuk kita membantu orang lain kerana sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah paling bermanfaat bagi manusia" 

(HR.Ahmad, At-Thabrani,Ad-Daruqutni). 

Salah satu cara menjadi manusia yang berguna adalah dengan banyak membaca perkara yang bermanfaat supaya dapat disebarkan manfaat itu pada orang sekeliling.
Mudah bukan? Ianya seperti formula: 

💡 Masa lapang + Membaca = Memberi Manfaat 💡

Sekali lagi di ruang ini Sekretariat Rakan Siswa YADIM ingin mengajak anda semua dalam tempoh kawalan pergerakan ini dan hari seterusnya untuk menjadi manusia yang tidak mensia-siakan waktu lapang dan memberi manfaat pada diri sendiri serta masyarakat dengan MEMBACA.
Ayuh kita mulakan langkah MEMBINA GENERASI BERILMU . ✊

 • TEKAD MENJULANG GENERASI AL-ABRAR •

SETIAUSAHA 
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2019/2020
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#membacamemberimanfaat
#covid-19
#kawalanpergerakan
#rakansiswayadim

No comments:

Post a Comment