Thursday, 26 March 2020
27 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
2 Syaaban 1441H
📖 Santai Ilmu ✨
• PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN RAMADHAN •
1. Hadapi Ramadhan dengan Ilmu
-Banyakkan membaca, buat perbincangan dan soal jawab berkaitan Ramadhan dengan ustaz2 dan alim ulama.
2. Panaskan badan dengan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis
-Perut dan badan perlu disesuaikan sebelum berpuasa di bulan Ramadhan.
3. Biasakan untuk tidur awal dan bangun sebelum Subuh
-Sebagai latihan untuk mudah bangun sahur, bertahajud dan beribadah di awal pagi.
4. Sibukkan diri dengan amal ibadah
-Membaca Al-quran, berzikir dan sentiasa berwuduk.
5. Mulakan amalan bersedekah sedikit demi sedikit
-Hulurkan bantuan kepada fakir miskin, di masjid atau surau serta sesiapa yang memerlukan.
6. Hebahkan kehadiran Ramadhan
- Gunakan media sosial yang ada untuk menghebahkan kehadiran bulan mulia ini, untuk kita saling ingat mengingati.
Semoga wabak Covid-19 ini akan beransur pulih sebelum hadirnya Ramadhan yang dinanti. Mari teruskan berdoa dan solat hajat 🤲.
Salam Jumaat 🌸
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment