[ MIKKI: TOKOH USAHAWAN ISLAM (SHEIKH SULAIMAN BIN ABDUL AZIZ AL RAJHI) ]
Tokoh Islam merupakan seseorang yang mempunyai wibawa dan karakter kepimpinan dalam agama serta berupaya untuk membimbing umat Islam baik dari segi agama dan sebagainya.
Begitu juga dengan seorang tokoh Islam yang tidak lagi asing dari lisan kita iaitu Sheikh Sulaiman Bin Abdul Aziz Al Rajhi. Beliau merupakan salah seorang tokoh korporat dan jutawan yang sangat mahsyur di seantero dunia.
Mari kita mengenali dengan lebih mendalam mengenai Sheikh Sulaiman Bin Abdul Aziz Al Rajhi. Beliau lahir pada tahun 1920 di Nejd. beliau telah berjaya menubuhkan Al Rahji Bank, Bank Pusat Penternakan Ayam Al-Watania, Pusat Pertanian Al-Watania dan Yayasan Kebajikan Al-Rahji(Yayasan SAAR).
Beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang penyabar dan seorang yang sangat merendah diri. Beliau juga seorang yang suka bersedekah dan seorang yang tegas.
Semoga dengan adanya poster mengenai Tokoh Usahawan Islam ini, kita dapat mencontohi mereka dalam memperjuangkan Islam di muka bumi Allah ini.
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 2020/2021
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2020/2021
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 2020/2021
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
#MIKKI
#BiroEkonomiABPI
#MahasiswaBerbisnes
No comments:
Post a Comment