[HARI KESEDARAN PENDENGARAN SEDUNIA🦻🏻]
Hari Kesedaran Pendengaran Sedunia diadakan pada 3 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana mengelakkan kecacatan dan pendengaran kehilangan serta menggalakkan penjagaan telinga & pendengaran di seluruh dunia.
Majlis Pimpinan Universiti Sekretariat Rakan Siswa YADIM Universiti Sains Islam Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar memelihara sebaiknya nikmat pendengaran yang telah dianugerahkan Tuhan. Kami juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia membuat saringan pendengaran di Klinik atau hospital jika mempunyai tanda-tanda masalah pendengaran seperti kerap bercakap dengan kuat dan telinga berdesing.
Jangan melengahkan rawatan agar kesihatan pendengaran anda terjamin. Kami juga menyeru agar seluruh rakyat Malaysia mensyukuri nikmat pendengaran kurniaan Tuhan ini.
"Tekad Menjulang Generasi Al-Abrar”
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 20/21
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
#RakanSiswaYADIMUSIM
#TekadMenjulangGenerasiAlAbrar
#WorldHearingDay
#HearingCareForAll
No comments:
Post a Comment