Sunday, 12 April 2020

ROUND 2 SISCA QURANTIME


| SISCA QURANTIME |

Surah Al-Kahfi mengisahkan tentang Pemuda al kahfi, Kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir dan kisah Raja Zulkarnain. Surah ini mengandungi 110 ayat dan surah ini merupakan surah yang ke-18 di dalam Al-Quran. 

Antara pengajaran yang boleh diperolehi dalam surah ini, antaranya:

🍁 Adalah wajib bagi kita mencari sumber makanan yang halal lagi baik (ayat 19)

🍁 Selalu meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Terdapat doa dalam surah Al-Kahfi pada ayat ke-10 : 

رَبَّنَا آَتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. "

🍁 Sebagai seorang muslim, kita perlu berpegang serta mentauhidkan Allah walaupun berdepan pelbagai ujian kerana Allah akan membantu hambanya.

🍁 Manakala pada ayat 60 hingga ayat 82 mengisahkan tentang pengembaraan Nabi Musa Bersama Nabi Khidir. Antara pengajaran yang boleh diambil adalah jangan bersikap riak kerana ianya merupakan penyakit hati serta menjadikan kita kufur nikmat dan memandang rendah terhadap orang lain.

🍁 Akhir sekali, Bersabarlah dalam menerima ilmu daripada guru kerana guru lebih mengetahui baik dan buruknya sesuatu. Setiap suruhan atau larangan guru, kita mestilah mematuhinya dengan penuh sabar dan menerimanya dengan sepenuh hati. 

Jom sertai QURANTIME Kami
🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽

https://chat.whatsapp.com/K7Ye6ZKIVSLGA80viWTIPt

NUR AMIRATUL KHALISAH
EXCO SUKAN DAN REKREASI
RAKAN SISWA YADIM USIM

No comments:

Post a Comment