Tuesday, 14 April 2020

9 HARI MENJELANG RAMADAN


[ COUNTDOWN RAMADHAN ]

20 Syaaban 1441H

📖 Santai Ilmu ✨

TIP-TIP BERSAHUR

9 hari lagi menjelang Ramadhan yang mulia, dah bersediakah kita? Mungkin Ramadhan tahun ini akan disambut sedikit berlainan dari tahun sebelumnya, walauapapun Ramadhan tetap menjadi bulan yang paling dinanti oleh seluruh umat Islam dan sambutlah ia dengan hati yang lapang serta penuh kesyukuran. 

Jika disebut puasa pasti adanya sahur bukan? Hari ini kami nak kongsi tips bersahur ✌️

1. Minum air masak secukupnya
2. Makan sayur atau buah-buahan yang mencukupi
3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah
5. Kurangkan minuman berkafein
6. Berus gigi selepas makan terutama selepas sahur
7. Tidur atau rehat yang cukup

Jangan lupa sahur ye bila nak puasa 🤗

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

No comments:

Post a Comment