Tuesday, 21 April 2020
ROUND 3 SISCA QURANTIME
[ SISCA QURANTIME ]
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
-Surah Az-Zariyat, Ayat 55
----------------------------------------------------
Tazkirah ini penting untuk kita sebagai orang mukmin supaya sentiasa mendapat manfaat.
Manfaat dari segi rohani, ilmu baharu, peringatan dari terlupa lalu diberi kesedaran dan sebagainya. Ini semua ialah bentuk manfaat bagi orang beriman. Manfaat itu bukan hanya tentang perkara yang kita suka, tapi dia lebih kepada perkara yang kita perlu.
Dan ya, tazkirah ni caranya pelbagai. Ada yang secara langsung dan ada yang secara tak langsung. Kadang akhlak seseorang pun merupakan tazkirah(peringatan) untuk kita.
Sama ada tazkirah yang diberikan tu sedap untuk kita dengar dan kita suka, atau pun susah untuk kita terima dan perit untuk kita telan, percayalah ia adalah bentuk kebaikan yang Allah beri kepada kita supaya kita jauh dari lalai dan terlupa.
Selalu dengar kan, marah tanda sayang. Ya, tazkirah juga. Tazkirah tanda cinta 💖
NUR LIYANA BINTI SUKHAIMI
EXCO LATIHAN DAN KADERISASI
RAKAN SISWA YADIM USIM
Jom sertai QURANTIME kami
🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽
https://chat.whatsapp.com/FfqspU3fWFA8QvlCCR1uB5
#MadrasahPeradaban
#RakanSiswaYADIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment