Tuesday, 21 April 2020
1 HARI MENJELANG RAMADAN
[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
28 Syaaban 1441H
📖 Santai Ilmu ✨
• REMAJA MENANTI RAMADHAN •
Pesanan Buat Remaja :
1. Jangan lupa amalan Fardhu
-Ramai antara kita berpuasa tetapi sekadar menahan lapar dan dahaga. Mengapa begitu? Ini kerana ramai yang berpuasa tetapi mengabaikan perintah Allah yang lain seperti solat fardhu.
2. Menjaga pertuturan
-Kita perlu menjaga adab serta pertuturan. Ada yang suka mengumpat walaupun sedang berpuasa. Tidakkah kita tahu dan sedar memgumpat itu satu dosa besar? Tidak berpuasa pon kita dilarang mengumpat inikan pula ketika sedang berpuasa kerana ia mengundang keburukan serta mengurangkan pahala puasa.
3. Berjimat-cermat
- Haa ni satu perkara yang pasti akan berlaku ketika menyambut ramadhan, selalu membazir ketika membeli makanan berbuka. Boleh membeli tetapi ingat kita perlu berjimat cermat dan tidak mengikut nafsu ketika membeli ! Sama juga ketika shopping online yee.
Marilah kita bermuhasabah diri dan isikan setiap waktu yang diberikan sepanjang ramadhan tahun ini supaya ia tidak menjadi puasa yang sia-sia.
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Bertarawih 🌙
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment