Saturday, 2 May 2020
ROUND 5 SISCA QURANTIME
[ SISCA QURANTIME ]
TAJUK: DAH PUASA TAPI MASIH BUAT DOSA
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
-Surah Al-Baqarah, Ayah 183
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
Indah didikan Tuhan.
Dia melatih setiap mukmin untuk SANGGUP merasai segala rasa yang tidak menyenangkan, demi memenangkan Iman.
Manusia itu memang mahu menjauhi daripada "sakit" atau hal yang tidak menyenangkan.
Survival kan.
Fitrah.
Bahkan sebarang emosi yang "menyakitkan" akan cuba diurus dengan pelbagai cara.
Bagaimana puasa ini melatih taqwa?
Puasa, melatih manusia untuk sanggup mengorbankan rasa lapar, dahaga dan segala yang membatalkan puasa demi ketaatan kepadaNya.
SANGGUP menginfakkan harta ketika ada yang meminta sumbangan. Mendidik diri supaya tidak tertipu dengan tipu daya harta dan keindahan dunia.
SANGGUP menahan diri daripada desakan-desakan dalaman, tatkala timbul keinginan melakukan perbuatan maksiat terkeji.
Bagaimana untuk bertaqwa jika tidak melatih diri dengan kemahiran KESANGGUPAN mengorbankan segalanya hanya untuk Yang Maha Esa?
Rupa-rupanya, melatih kemahiran SANGGUP merasai segala yang tidak disukai ketika puasa (Rasa lapar, dahaga, tak bermaya), sebenarnya melatih diri untuk bertaqwa dan beriman kepadaNya.
Allah berfirman :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata : "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah Al-Ankabut ayat 2)
SITI NOR ASYIKIN BINTI ZAKARIA
TIMBALAN EXCO SISWI
RAKAN SISWA YADIM USIM
Jom sertai QURANTIME kami
🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽
https://chat.whatsapp.com/FfqspU3fWFA8QvlCCR1uB5
#MadrasahPeradaban
#RakanSiswaYADIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment