[ COUNTDOWN RAMADHAN ]
9 Syaaban 1441H
📖 Santai Ilmu ✨
• AMALAN SUNNAH HARI JUMAAT •
Hari Jumaat adalah hari untuk beribadah, dan hari itu darjatnya seperti hari-hari yang ada pada bulan Ramadhan. Pada hari Jumaat juga ada waktu IJABAH (terkabulnya doa) untuk berdoa seperti malam Lailatul Qodar di bulan Ramadhan.
Amalan sunnah yang boleh dilakukan pada hari Jumaat:
1) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW pada malam dan siang hari Jumaat.
2) Membaca surah al-Kahfi pada siang atau malam Jumaat.
3) Mandi, memakai wangian dan mengenakan pakaian terbaik.
4) Memperbanyakkan doa dan bersedekah.
5) Bersugi dan memotong kuku.
Sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu, tidaklah seorang yang beriman meminta berdoa sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah di hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat. ✨
Salam Jumaat 🕊
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
No comments:
Post a Comment