Sunday, 16 February 2020

STUDENT' S DIARY


STUDENT'S DIARY 


Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas.

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan sopan, tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain . Lalu guru itu berkata, 

"Selama saya mengajar awak semua, tidak pernah pula saya melihat keadaan macam ni.Hairannya. Boleh sesiapa beritahu, apa yang terjadi sebenarnya?" Guru itu bertanya dalam keadaan hampir pitam.

Tiba-tiba  salah seorang muridnya bangun dan berkata, 

"Sebab, cikgu kan pernah beritahu bila cikgu lihat kami semua diam,cikgu akan pengsan terkejut. Ha...ha....ha...." Berkata seorang murid dengan nada yang yang tidak sopan sambil mentertawakan gurunya.

Akhirnya, kelas kembali berada dalam keadaan tidak terkawal.
  • Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. (Riwayat al-Tirmizi
Seorang pelajar haruslah memiliki  rasa hormat terhadap guru yang mengajar dengan tidak meninggikan suara, mentertawa serta menunjukkan segala perbuatan yang tidak sopan di hadapan mereka. Ini kerana, guru ialah insan kedua selepas ibu bapa kita dalam mendidik anak-anak supaya dapat dibentuk dengan akhlak yang cemerlang dan hamba Allah S.W.T  yang bertakwa dan beriman.
Story by,
Najiha AJK RND

No comments:

Post a Comment