STUDENT'S DIARY
Kisah seorang sahabat sedang menasihati temannya yang juga merupakan rakan sebiliknya. Rakan sebiliknya ini selama lima hari berturut-turut tidak hadir ke kuliah walaupun daripada sudut kesihatan kelihatan baik sahaja.Akhirnya, sahabat ini telah memberanikan diri untuk menegur dan menasihatinya.
Elsa : Mona, hari ni dah masuk hari kelima dah tak hadir kuliah. Apa masalah kau sebenarnya?
Mona : (Hanya tersenyum sinis dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap komputer ribanya itu)
Elsa akhirnya meninggikan suara kerana sudah terlalu lama dia bersabar dengan tingkah laku rakan sebiliknya itu.
Elsa : Weyh, kau tak takut ke? Tak takut ke kalau orang tua kau tahu yang kau tak pergi kuliah. Amanah dengan Allah lagi?
Mona : Kau diam boleh tak? Suka hati aku lah aku nak buat apa pun? Ini life aku. Kau tiada hak pun nak tentukan aku pergi kelas atau tak. So, please jangan menyibuk hal aku.
Elsa berlalu pergi tanpa berkata apa-apa memandangkan dia mempunyai kelas jam 10.00 pagi. Dia juga tidak mahu merosakkan emosinya untuk ke kelas pagi itu.
✔ حبل من الله
Perjanjian daripada Allah atau secara umunya hubungan dengan Allah. Apa yang kita perolehi daripada cerita tersebut, adalah tanggungjawab dan amanah dalam menuntut ilmu seperti Mona yang sewajarnya pergi je kuliah.
✔ حبل من الناس
Hubungan dengan manusia. Hal ini berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Pengajaran daripada cerita ini yang berkait dengan Hablu Minannas adalah seperti menjaga hubungan dengan ibu bapa dengan tidak berbohong kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu menjaga hubungan bersama rakan dengan tidak meninggikan suara apabila sedang berkomunikasi bersama mereka.
Story by,
Najiha AJK RnD
No comments:
Post a Comment