Sunday, 25 October 2020

KOMEN MELAMPAUI BATAS


 [ COVID-19 : KOMEN MELAMPAUI BATAS ! ]

Twitter , Facebook , Instagram menjadi medium  yang sangat menjadi tumpuan ramai pada masa kini. Media menjadi pusat perbincangan , dapatan informasi sekaligus medan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat . 

Namun ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab telah menjadikan media sebagai medan perbalahan dan perbincangan yang tidak berlandaskan fakta yang benar. 

Seharusnya, pada waktu negara kita dilanda musibah saat kini, kita sewajarnya berganding bahu dan bantu-membantu antara satu sama lain. Tindakan-tindakan seperti komen atau sebaran maklumat yang dapat menimbulkan permasalahan akan datang, perlulah dikawal agar tidak menjadikan keadaan yang genting semakin rumit .

Sekretariat Pusat Islam , Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dan Rakan Siswa YADIM Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tegas mengingatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menggunakan media sosial agar tidak menjatuhkan adab dan nilai murni terutamanya kepada masyarakat Islam.

Komen dan nasihat untuk mengingatkan antara satu sama lain amatlah digalakkan namun janganlah melampaui batas. Masyarakat perlulah fokus berkenaan keselamatan dan kesejahteraan negara demi kesejahteraan pelbagai pihak. 

Sirru ala barakatillah


Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia

Sekretariat Pusat Islam

Sekretariat Rakan Siswa YADIM (USIM) 

•°•°•°•°••°•°•°•°••°•°•°•°••°•°•°•°••°•°•°•°•

#ABPI3SEKRE

#EmpoweringUmmah

#MartabatkanSyiarIslam

#GenerasiAl-Abrar

#TeruskanBerdoa

#TerusJarakkanSosial

No comments:

Post a Comment