Thursday, 7 May 2020
ROUND 6 SISCA QURANTIME
" Tunjukilah kami jalan yang lurus "
Al-Fatihah : 6
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
Diberi nama Al-Fatihah kerana ia merupakan pembuka kepada perjalanan wahyu yang sangat indah. Al Fatihah ialah prolog dan 113 surah selepasnya merupakan huraian kepada surah ini.
Komponen dalam Al-Fatihah :
1. Akidah
Ayat 1-3 merupakan ayat akidah; pengenalan kepada Allah dan sifat-sifatNya yang mulia. Ayat 1 merupakan ayat rububiyyah. Ayat 2 merupakan sifat-sifat Allah. Dan ayat 3 merupakan perbicaraan metafizik iaitu alam selepas kematian.
2.Ibadah
Ayat 4-5 merupakan ayat Ibadah. Ayat ini menyuruh hambaNya setelah mengenali Allah, melakukan amalan yang memanifestasikan diri sebagai hamba. Dua perkara yang penting perlu dilakukan; mengabdikan diri dan memohon pertolongan.
3.Akhlak & Tasawuf
Ayat terakhir iaitu ayat ke-6 merupakan ayat yang membahaskan soal akhlak, iaitu soal berhati-hati dan menjaga diri supaya tidak tergelincir ke dalam dua lembah yang berbahaya. Lembah dimurkai oleh Allah dan lembah kesesatan yang berpanjangan.
NURUL IZZAH BINTI SHA'ARI
EXCO PERHUBUNGAN DAN KEBAJIKAN
RAKAN SISWA YADIM USIM
JOM SERTAI QURANTIME KAMI
🔽🔽🔽🔽🔽🔽
https://chat.whatsapp.com/FfqspU3fWFA8QvlCCR1uB5
#MadrasahRamadhan
#MadrasahPeradaban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment