KISAH SEORANG PEMBULI
Di sebuah kampung bernama Kampung Pandan, tinggal seorang insan yang bernama Kamal. Kamal sentiasa bersifat sombong dan angkuh dengan sentiasa membuli rakannya yang kecil. Dia digelar sebgaia "kaki buli" di kampung dan di sekolahnya.
Pada suatu hari, semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersekolah, dia dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu secara bahaya. Dia meraung kesakitan "Argghh". Halim iaitu mangsa yang selalu dibuli oleh Kamal ternampak kejadian tersebut. Dia segera menuju kearah Kamal. Kamal yang sudah terbaring meminta bantuan daripada Halim.Walaupun Halim telah dibuli secara banyak kali tetapi dia tetap ingin memberi bantuan. Lali, Halim menelefon ambulans untuk membawa Kamal ke hospital.
Setelah beberapa hari berada di hospital, dia beransur pulih dan mengucapkan terima kasih kepada Halim. Kamal berasa insaf dan malu kerana orang yang dibulinya tidak membantunya. Kini, dia tidak lagi membuli. Dia berazam unutk menjadi seorang anak dan pelajar yang baik.
Surah AlQamar. Ayat 015.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
✔Janganlah bersikap sombong kerana sikap ini mendorong ke arah gejala yang tidak baik.
✔Sewajarnya kita mempunyai azam untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik kearah suasana harmoni.
Story by,
Najiha AJK RND
Story by,
Najiha AJK RND
No comments:
Post a Comment