"Syukur Membawa Rahmat"
(07 Feb, 13 Jamadil Akhir 1441)
1) Setiap manusia yang bertaqwa harus mempunyai sifat syukur iaitu berterima kasih kepada Allah SWT dan menghargai di atas segala nikmat dan kurniaannya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah benda-benda yang baik(yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya".
(Surah Al-Baqarah ayat 172)
2) Al-Quran menyeru dan menggalakkan kita supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan samaada melalui usaha atau ikhtiar sendiri seperti keamanan,kemajuan dan perpaduan atau melalui kurniaan langsung daripada Allah seperti umur yang diberkati.
3) Selain itu, Allah SWT juga mendidik hambanya supaya ikhlas dalam beramal dan beribadat kepadanya; Keperibadian yang mulia serta berbudi pekerti dapat dibentuk melalui rasa syukur terhadap segala nikmat yang diberikan.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau diam sahaja".
4) Dengan bersyukur, seseorang itu dapat mengelakkan dirinya daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah atau sia-sia, atau kata-kata yang menyakitkan hati insan yang boleh mengundang perasaan amarah dan perpecahan; Maka sebaiknya menahan diri dari berkata adalah lebih afdhal dan berhikmah.
5) Melalui ungkapan lafaz " Alhamdulillah" atau "Ashkurulillah" dapat menunjukkan rasa syukur diatas segala nikmat yang dikecapi; perkataan yang seharusnya muncul dari lubuk kalbu yang benar-benar tulus serta ikhlas dalam mencintai penciptanya diselangi dengan keinsafan di dalam hati.
6) Kesan daripada amalan bersyukur akan menyebabkan jiwa menjadi bersih dari sifat-sifat takabbur dan bangga diri, menyedarkan diri ini adalah insan kerdil yang mengharapkan rahmat dan maghfirahNya seterusnya menyuburkan dan menyemai sikap tawadhu' kepada Allah di dalam hati sanubari.
7) Marilah bersama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya dimasukkan bersama golongan hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan.
By,
Najahan AJK RND
No comments:
Post a Comment