Tanggal 16 hingga 18 Januari 2020, telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur. Rakan Siswa YADIM yang dahulu dikenali sebagai Sahabat YADIM telah dijenamakan semula sebagai Rakan Siswa YADIM (RSY) yang mana matlamat dan objektifnya disejajarkan semula dengan misi YADIM yang baharu iaitu untuk melatih dan melahirkan pendakwah YADIM yang soleh dan Musleh. Dua orang daripada kalangan Majlis Pimpinan Universiti USIM telah menerima watikah pelantikan sekaligus memegang jawatan sebagai Majlis Pimpinan Tertinggi dalam tampuk pimpinan pada tahun ini.
Saudara Muhd Azizi Zulhilmi bin Jumaat, 22 tahun daripada Program ISM Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah dilantik sebagai Bendahari Agung Majlis Pimpinan Tertinggi. Manakala, Saudari Nur Liyana bt Sukhaimi, 22 tahun daripada Program ISM Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Exco Kaderisasi Rakan Remaja YADIM.
Manakala, Saudara Muhammad Yusainy bin Mohamad Yunus, 23 tahun daripada Program ISM Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan telah dilantik sebagai Naib Presiden (IPTA) Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM. Beliau juga merupakan mantan Timbalan Pengerusi Sahabat YADIM tahun 18\19.
Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM mengucapkan sekalung tahniah kapada semua Majlis Pimpinan Tertinggi di atas pelantikan tersebut serta mendoakan agar tabah dan sentiasa bersemangat dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment